KEMASUKAN KE PROGRAM SIJIL VOKASIONAL MALAYSIA (SVM)
KEMASUKAN KE PROGRAM DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA (DVM)
Syarat-syarat kemasukan ke program DVM di Kolej Vokasional Seluruh Malaysia terbahagi kepada dua iaitu syarat umum & syarat khusus seperti yang berikut.
SYARAT UMUM
- Calon adalah Warganegara Malaysia
- Calon Lulus Sijil Vokasional Malaysia
- Calon sihat tubuh badan
- Calon bebas daripada sakit kronik (masalah jantung, darah tinggi, kencing manis, sawan (epilepsy) dan lain-lain penyakit yang boleh mengehadkan murid daripada melaksanakan kerja amali)
- Calon berminat dengan program dipohon
SYARAT KHUSUS :
- Kepujian Bahasa Melayu 1104
- Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) Akademik 2.00
- Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) Vokasional 2.67
- Kompeten Semua Modul Vokasional
- Kompeten Modul Employability Skill